HomeEntertainment"Hilang Ingatan Lepas Koma" - Isteri Sabar Tunjuk Bukti Kad Nikah Undang...

“Hilang Ingatan Lepas Koma” – Isteri Sabar Tunjuk Bukti Kad Nikah Undang Sebak Ramai

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai umat Islam, kita percaya Allah tak akan uji seseorang kalau hambanya itu tak kuat untuk hadapi

Ujian dan cabaran datang dalam bentuk berbeza kepada setiap manusia. Tak semua orang hadapi ujian yang sama.

Baru-baru ini, tular video di TikTok yang memaparkan seorang wanita sedang merakam suaminya yang hilang ingatan selepas koma 24 hari telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@zainabzainunfamily

Seribu tahun pun saya akan menanti .. #zulhayanifamily #cepatsihatencikzul #ohmyenciksuami #loveyoumore #myhappypill

original sound – SURIA – SURIA

Tak kenal sesiapa dalam rumah, isteri sabar tunjuk kad nikah dan gambar keluarga

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang bertanyakan siapakah wanita di sebelahnya itu. Difahamkan, lelaki itu pernah mengalami koma selama 24 hari, kemudian dia sedar tetapi hilang ingatan.

Puan Zainab yang merupakan isterinya itu mengatakan bahawa puncanya adalah disebabkan jantung suaminya berhenti sejak bulan Mei 2022 yang lepas. Itu yang menyebabkan dia mengalami hilang ingatan.

Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila dia sering bertanyakan siapa kepada isterinya itu yang sabar melayani dan menerangkan sambil menunjukkan kad nikah mereka.

Bukan saja tiada memori bersama isterinya, malah kenangan pahit tentang pemergian anaknya pada Januari 2019 juga lesap dari ingatan ayahnya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@zainabzainunfamily

Saya yakin dan percaya abang akan kembali seperti sediakala .. selamat malam dunia .. #zulhayanifamily #ohmyenciksuami #cepatsihatenzul #loveyoumore

Hingga Tua Bersama – Rizky Febian

@zainabzainunfamily

Recorded 13 January 2019 Return To Allah 30 Jqnuqry 2019 Forever my bujang kecik .. Al Fatihah .. #zulhayanifamily #adibafdhaldalamkenangan #cepatsihatencikzul #loveyoumore

Ayah – Seventeen

“Kuatnya awak kak, sabar melayan dan setia kepada suami yang sedang sakit. Syurga buat awak kak” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.8M tontonan, 94K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan keadaan suami Puan Zainab itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @zainabzainunfamily (TikTok)

Image via @zainabzainunfamily (TikTok)

Image via @zainabzainunfamily (TikTok)

Semoga suami akak cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan kelurga akak! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News