Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan seorang seniman agung tanah air kita yang tidak akan dilupakan
Beliau merupakan seorang penyanyi, penulis lirik, pelakon, pengarah dan pemuzik yang tidak pernah lapuk dek zaman.
Sepanjang hayatnya, beliau telah berlakon dalam 66 filem, 35 daripada filem tersebut merupakan arahannya , mengarang 250 lagu dan menyanyikan hampir 30 daripadanya.
Baru-baru ini, tular sebuah video berkaitan seorang lelaki yang yang dikenali sebagai P. Radhi ini menyanyikan lagu Nak Dara Rindu nyanyian oleh Tan Sri P. Ramlee.
Lenggok nyanyian dan suaranya bikin ramai netizen terpegun
Menerusi video yang dimuat naik oleh @rahmansahlan di TikToknya, lelaki berkenaan berjaya menarik perhatian netizen kerana suaranya sangat mirip dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Lebih menarik lagi, penyanyi terkenal iaitu Mawi World yang berada di sana juga turut terkejut dan menyangka nyanyian lelaki tersebut hanyalah sekadar miming.
Lihat video lanjut di bawah:
@rahmansahlan Replying to @idamaamor saya yang tengok live cuma mampu cakap perghhhh perghhhh perghhhh gitu je kak…terpegun, selama ni tengok TT dia je @P.Radhi @cahayaasmawi original sound – RahmanSahlan
Image via @rahmansahlan (TikTok)
Image via @rahmansahlan (TikTok)
“Klasik. Sebiji suara arwah Tan Sri. Menggamit memori, terubat rindu” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dan meluahkan rasa rindu terhadap lagenda tanah air tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 397K views, 30.1K likes dan 532 comments.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @rahmansahlan (TikTok)
Image via @rahmansahlan (TikTok)
Image via @rahmansahlan (TikTok)
Rindunya dulu tonton filem Bujang Lapok ramai-ramai :’)
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik