Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semua orang inginkan sahabat yang sentiasa dengan kita sama ada susah mahupun senang bukan?
Seorang kawan senang untuk dicari, tetapi sahabat baik sukar untuk dimiliki. Bak kata orang, sahabat yang betul-betul ikhlas dengan kita seolah-olah satu dalam sejuta.
Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang pemuda menangis sebaik sahaja dihadiahkan sebuah komputer riba oleh rakan-rakannya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu dibawah:
thanks semua & all the best bro kat tempat baru
Hasil kutipan daripada rakan-rakan, mereka berjaya kumpul sebanyak RM1,600
Menerusi video yang dimuat naik oleh @5cammers, kelihatan pemuda itu menangis sebaik sahaja menerima sebuah laptop daripada rakan-rakannya.
Difahamkan, pemuda itu baru sahaja kehilangan dompet dan perlu berkerja keras untuk mencari wang sara diri apabila dia masuk ke universiti.
Tambahan lagi, sikapnya yang sentiasa ada dengan rakan-rakannya ketika susah telah menguatkan lagi untuk mereka berusaha menolongnya.
Image via @5cammers (TikTok)
“Untung dapat kawan-kawan yang sepakat macam ni. Belajar rajin-rajin ya dik” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen memuji tindakan rakan-rakan pemuda itu yang sanggup berganding bahu demi membantunya.
Ketika menulis artikel ini, video berkenaan telah mencecah sebanyak 1.2M views, 151.2K likes dan 5,420 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @5cammers (TikTok)
Image via @5cammers (TikTok)
Image via @5cammers (TikTok)
Image via @5cammers (TikTok)
Mesti setiap kali dia guna laptop tu, auto teringat kawan-kawan :’)
Image via Giphy
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik