@baskoro_wicaksono (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebanyakan pasangan pasti excited merancang majlis pernikahan mereka. Ada yang inginkan majlis secara besar-besaran. Namun, ada juga yang lebih suka majlis intimate dan secara kecil-kecilan.
Tular satu video baru-baru ini berkenaan seorang lelaki bernikah dengan kekasihnya yang terlantar sakit di hospital telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @baskoro_wicaksono di TikTok, kelihatan majlis pernikahan sedang diadakan di sebuah bilik hospital sambil si isteri berbaring di atas katil.
Video itu telah mengundang sebak ramai kerana pasangan tersebut tetap memilih untuk bernikah walaupun dalam keadaan sedemikian.
Apa yang lebih menyayat hati adalah apabila di akhir video tersebut kelihatan sebuah batu nisan menandakan si isteri sudah pun pergi buat selama-lamanya.
Di ruangan kapsyen, pemilik video tersebut iaitu si suami sempat berkongsi isi hatinya dengan menulis “sampai jumpa di keabadian, akan aku ceritakan perjalananku setelah tanpa kamu di bumi”.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat kisah cinta mereka. Malah, ada juga yang berkongsi kata-kata semangat untuk si suami kekal tabah.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 13.1M views, 1.6M likes dan 27.6K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: