@njwo00 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebanyakan mereka terkejut dan takut dengan kehadiran haiwan liar tersebut. Ada yang mencuri makanan, ada juga yang saja datang mengganggu.
Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok, berkenaan seorang pelajar perempuan yang tenang bersembang dengan seekor monyet. Malah, dia turut memberi kurma kepada haiwan itu.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @njwo00 di TikTok, kelihatan seorang pelajar perempuan yang menetap di sebuah kolej kediaman sedang berborak dengan seekor monyet yang menceroboh biliknya.
Apa yang mencuit hati netizen adalah apabila dia sempat memberi kurma kepada haiwan itu.
Di akhir video, dia sempat mengatakan bahawa dia tidak gemar makan kurma, tetapi ibunya memberikan kurma tersebut kepadanya.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 867.1K tontonan, 85.8K tanda suka dan 1.8K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pelajar perempuan itu. Malah, ramai juga terpegun dengan ketenangan pelajar itu berhadapan dengan monyet.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: