[VIDEO] “Baru 6 Bulan Dah Pandai” – Reaksi Bayi Menghayati Lagu Ini Curi Tumpuan Ramai

0
193
Cover image via
@nvmmvl1k (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Oleh itu, kita sewajarnya membalas semula jasa baik mereka dengan menjaga serta mengasihani ibu bapa kita selagi masih ada peluang.

Tular satu video di TikTok, berkenaan seorang bayi berusia enam bulan yang telah mendapat perhatian ramai apabila dia kelihatan sayu mendengar ibunya menyanyikan lagu ‘Ayah Dan Ibu’ oleh Sudirman.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nvmmvl1k

Baru 6 bulan dah pandai menghayati lagu #sudirman #ayahdanibu

original sound – nm – nm

Menerusi video pendek yang dimuat naik oleh @nvmmvI1k di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang menyanyikan sebuah lagu kepada anaknya yang berusia enam bulan.

Apa yang mencuri tumpuan netizen adalah apabila bayi itu mencebik seakan-akan mahu menangis sewaktu ibunya menyanyikan lagu ‘Ayah Dan Ibu’ oleh Sudirman. Matanya juga sudah berkaca.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen senang hati melihat gelagat dua beranak itu. Malah, ada juga yang memuji suara si ibu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 282.3K views, 40.9K likes dan 932 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: