Seismik Makan
Antara kuih raya yang paling famous mesti ada di setiap rumah adalah Cornflakes Madu. Tekstur yang rangup dan rasa yang tiada tandingannya. 5 ketul seorang itu macam perkara biasa sahaja.
Kalau anda nak tahu, sebenarnya ada banyak lagi variasi biskut raya yang boleh dihasilkan menggunakan CORNFLAKES. Ye, tak tipu!
Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda semua 4 resepi hari raya yang rangup dan sedap menggunakan CORNFLAKES.
Masa Penyediaan: 15 Minit
Masa Memasak: 10 Minit
Saiz Hidangan: 47 Biji
Bahan-bahan:
Bahan A
115g Mentega (dicairkan)340g Coklat (dicairkan)110g NESTLE GOLD Cornflakes (dihancurkan sedikit)120g Kranberi Kering 25g Parutan Kelapa 1/2 Sudu Besar Garam
Bahan B
Coklat Putih (dicairkan)
Cara-cara:
Di dalam mangkuk, sebatikan NESTLE GOLD Cornflakes bersama kranberi kering dan parutan kelapa.
Di dalam mangkuk yang lain pula, campurkan coklat dan mentega yang telah dicairkan sehingga sebati.
Tuangkan campuran coklat dan mentega ke dalam campuran bahan kering sebentar tadi.
Kacau perlahan sehingga semua kepingan disaluti dengan coklat.
Ambil sebahagian kecil cornflakes dan letakkan di atas dulang pembakar.
Hiaskan dengan coklat putih yang telah dicairkan di bahagian atas.
Sejukkan selama 30 minit atau sehingga ia sedia untuk dimakan.
Masa Penyediaan: 5 Minit
Masa Memasak: 10 Minit
Saiz Hidangan: 8 Orang
Bahan-bahan:
100g Mentega 3 Tangkai Daun Kari4 Tangkai Cili Merah Kering (dicincang)60g Serbuk Telur Masin Segera 1 Sudu Kecil Gula 250g NESTLE GOLD Cornflakes
Cara-cara:
Di dalam kuali, cairkan mentega dan tambahkan daun kari, cili merah kering dan gula. Kacau selama 2 minit dengan api yang sederhana.
Tambahkan serbuk telur masin segera dan ia akan jadi berbuih. Kacau rata.
Masukkan NESTLE GOLD Cornflakes. Pastikan sos menyalut keseluruhan cornflakes dengan rata
Letakkan di atas dulang pembakar dengan kertas minyak dan sejukkan ia sehingga garing.
Masa Penyediaan: 15 Minit
Masa Membakar: 25 Minit
Saiz Hidangan: 120 Biji
Bahan-bahan:
Bahan A
200g Mentega50g Lemak Sayuran80g Gula AisingGaram (secukup rasa)
Bahan B
175g Tepung Naik Sendiri150g Tepung Gandum Serbaguna 1/2 Sudu Kecil Serbuk Penaik 1/2 Sudu Kecil Serbuk Koko
Bahan C
50g NESTLE GOLD Cornflakes (dihancurkan sedikit)50g Badam Cincang80g Cip Coklat
Cara-cara:
Di dalam mangkuk, tambahkan mentega, lemak sayuran, gula aising dan garam. Kacau hingga sebati.
Tambahkan tepung naik sendiri, tepung gandum serbaguna, serbuk penaik dan serbuk koko. Sebatikan.
Tambahkan NESTLE GOLD Cornflakes, badam cincang, cip coklat dan sebatikan sehingga menjadi doh.
Ambil sedikit doh lebih kurang saiz ibu jari dan bulatkan.
Ulang langkah yang sama untuk keseluruhan doh. Letakkan di atas dulang pembakar bersama kertas minyak.
Bakar pada suhu 180?C selama 25 minit.
Sejukkan biskut selama 40 minit sebelum makan. Biskut Cornflakes Cip Coklat dah siap. Enjoy!
Masa Penyediaan: 15 Minit
Masa Membakar: 25 Minit
Saiz Hidangan: 83 Biji
Bahan-bahan:
Bahan A
117g Mentega150g Gula Kastor1 Kuning Telur1 Sudu Kecil Cuka1 1/2 Sudu Kecil Esen Vanila2 Sudu Kecil Pewarna Makanan Merah
Bahan B
160g Tepung Gandum Serbaguna1 Sudu Besar Tepung Jagung2 Sudu Besar Tepung Beras2 Sudu Besar Serbuk Koko1 Sudu Kecil Serbuk Penaik 3/4 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
Bahan C
50g NESTLE GOLD Cornflakes (dihancurkan sedikit)30g Cip Coklat30g Badam Cincang
Cara-cara:
Di dalam mangkuk, sebatikan mentega, gula kastor, dan telur kuning. Tambahkan cuka, esen vanila dan pewarna makanan merah. Kacau hingga sebati.
Tambahkan tepung gandum serbaguna, tepung jagung, tepung beras, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Sebatikan.
Masukkan NESTLE GOLD Cornflakes, badam cincang, cip coklat dan sebatikan sehingga menjadi doh.
Ambil sedikit doh lebih kurang saiz ibu jari dan bulatkan.
Ulang langkah yang sama untuk keseluruhan doh. Letakkan di atas dulang pembakar bersama kertas minyak.
Bakar pada suhu 180?C selama 25 minit.
Sejukkan biskut selama 40 minit sebelum makan.
Biskut Red Velvet Cornflakes dah siap. Selamat menjamu selera!
NESTLE GOLD Cornflakes bukan sahaja sedap dan rangup, ia juga diperbuat dengan bijian penuh, padat khasiat dengan vitamin dan mineral. Memang sesuai juga untuk bersahur dengan keluarga tersayang.
Bukan itu saja, dengan setiap pek Nestle GOLD Cornflakes atau Nestle GOLD Honey Flakes yang anda beli sekarang sehingga 31 Mei 2022, 10 sen akan didermakan kepada Women of Will untuk menyokong ibu-ibu yang memerlukan!
Sama-sama, kita kongsikan kebaikan. Sertai sekarang untuk mencapai derma maksimum RM100,000.
Untuk maklumat lanjut Nestle GOLD Cornflakes, sila layari Facebook mereka di sini.