@pandamokkk_ (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Walaupun mungkin sebenarnya perangai mereka gila-gila, mereka tidak mudah menunjukkannya di depan anak-anak.
Namun, lain pula dengan sebuah video tular ini apabila seorang gadis berkongsi perangai ayahnya di luar dan di rumah telah mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi perkongsian video oleh @pandamokkk_, kelihatan gadis itu berkongsi ayat yang selalu diterima mengenai ayahnya.
Kawan-kawannya sering mengatakan ayahnya garang dan susah nak tengok dia senyum. Hakikatnya, perangai sebenar si ayah lain daripada apa yang orang luar nampak.
Gadis itu sempat menunjukkan rakaman ayahnya mendengar lagu di headphone sambil menari seorang diri di rumah. Perkara itu membuatkan ramai terhibur.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 298K views, 53.5K likes dan 382 shares di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat perangai sebenar pak cik itu di rumah yang ternyata tidaklah garang seperti apa yang kawan anaknya fikir.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: