“Geng Plastik Merah” – Gelagat Comel Kanak-Kanak Lari Bawa Makanan Ini Buat Ramai Terhibur

0
240
Cover image via
@mohamedaisyah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Geng ini merujuk kepada sekumpulan individu yang tidak berpuasa. Mereka akan senyap-senyap membeli makanan pada waktu siang dan menyorokkannya di dalam plastik hitam.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan gelagat comel sekumpulan kanak-kanak yang lari membawa makanan di dalam plastik merah telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mohamedaisyah, kelihatan sekumpulan kanak-kanak yang baru sahaja pulang dari prasekolah.

Apa yang melucukan adalah apabila mereka berlari sambil memegang plastik merah yang berisi makanan seperti membuat kesalahan. Malah, ada juga yang siap menyembunyikan plastik tersebut di belakang badan.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel kanak-kanak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 551.7K views, 63.2K likes dan 2.3K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read: