@pikasekri (Twitter)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ada yang sampai beli berplastik-plastik bila kunjung saja bazaar Ramadan. Terpulanglah pada individu itu sendiri asalkan tidak membazir kerana ia bukan amalan yang baik.
Malah, ada juga yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan juadah kegemaran mereka itu. Namun, tidak semua rasa makanan yang dijual di bazaar menepati cita rasa kita.
Tular baru-baru ini, posting yang dikongsikan seorang pengguna Twitter memaparkan dia kesal selepas membeli rangka ayam di bazaar telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Menerusi perkongsian itu, dia meluahkan rasa kesalnya terhadap peniaga bazaar selepas dia dan bapanya membeli rangka ayam dengan harga RM5.00.
Namun, apa yang menambahkan rasa kecewanya adalah ketika dia mahu berbuka puasa, mereka seisi keluarga terkejut melihat rangka ayam itu seperti langsung tidak dibersihkan.
Bukan itu saja, dia juga menunjukkan pedal yang dibelinya turut tidak dicuci bersih selepas dipotong dengan pisau.
Lihat video itu di bawah:
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa mereka terhadap segelintir peniaga bazaar Ramadan yang mengambil kesempatan.
Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut telah meraih 13.7K retweets, 1,805 quotes tweets dan 10.7K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter: