[VIDEO] Rakam Baring Atas Riba Selepas Nikah, Suami Berbaju Sekolah Ini Raih Perhatian

0
402
Cover image via
@_nrmr12 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Iyalah, siapa je yang tak seronok bila dapat menjalinkan hubungan yang sah setelah bercinta sekian lama.Trend kahwin pada usia muda juga sekarang diikuti oleh ramai orang di luar sana. Namun begitu, masyarakat sering memandang negatif terhadap golongan tersebut walaupun hubungan itu sah.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang suami berbaju sekolah baring atas riba si isteri selepas nikah telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang merakam momennya bersama si suami selepas majlis pernikahan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si suami itu berbaju sekolah. Perkara tersebut membuatkan ramai tertanya-tanya adakah mereka berkahwin bawah umur.

Rupa-rupanya, si isteri menjelaskan bahawa suaminya terpaksa meminjam baju adik lelakinya selepas majlis dilangsungkan.

Lihat video sambungan itu di bawah:

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 438K tontonan, 34K tanda suka dan 700 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read: