HomeNEWS993 ditahan terbabit Macau scam tahun ini, kata timbalan menteri

993 ditahan terbabit Macau scam tahun ini, kata timbalan menteri

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan hasil rampasan daripada kegiatan pembekalan kad ATM kepada sindiket penipuan Macau scam, pinjaman dan pelaburan tidak wujud di sekitar Johor Bahru pada 23 Nov lalu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seramai 81 warga asing dan 912 rakyat Malaysia ditahan terbabit dalam sindiket penipuan Macau scam di negara ini sepanjang 10 bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin.

Beliau berkata, 605 daripada 993 individu yang ditahan itu sudah dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, polis sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Bank Negara Malaysia (BNM), syarikat telekomunikasi dan institusi perbankan untuk membanteras jenayah penipuan dalam talian itu.

“Kerjasama ini terjalin sejak 2006, di mana Macau scam bermula. Selain itu, pada Mac 2019, sebuah jawatankuasa teknikal jenayah siber yang terdiri daripada polis dan SKMM telah ditubuhkan bagi membanteras jenayah penipuan ini.

“Di peringkat polis, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi mengenal pasti dan memantau trend terkini kes jenayah dalam talian serta bekerjasama dengan agensi seperti SKMM yang boleh membantu dari segi kepakaran dan teknologi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Mohamad Alamin (BN-Kimanis) sama ada Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan BNM, polis dan SKMM untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membanteras sindiket Macau scam.

Must Read

Related News