HomeNEWS6 kluster baru Covid-19 dikenal pasti hari ini di Sabah, Selangor, Kuala...

6 kluster baru Covid-19 dikenal pasti hari ini di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur

KKM berkata, enam kluster baru yang dinelak pasti hari ini termasuk kluster UD SS2 di Petaling jaya, Selangor dan kluster Tapak Bina Awan Baru di Kepong dan Cheras, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan enam kluster baru dikenal pasti hari ini, melibatkan Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur.

Enam kluster itu adalah kluster PTS Sibuga di Sandakan, kluster Tapak Bina Jesselton di Kota Kinabalu, kluster Dermaga di Sandakan, kluster Tampasuk di Kota Belud, kluster UD SS2 di Petaling Selangor dan kluster Tapak Bina Awan Baru di Kepong dan Cheras, Kuala Lumpur.

Bagi kluster PTS Sibuga, kes indeks dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Nov 2020 hasil saringan individu bergejala.
Sehingga 28 Nov, sejumlah 324 individu disaring, dengan 104 kes dikesan positif.

Bagi kluster Tapak Bina Jesselton pula, setakat ini 181 individu disaring, dengan 44 kes dikesan positif.

Bagi kluster Dermaga, sehingga 28 Nov, 297 individu disaring, dengan 34 kes dikesan positif dalam kluster ini.

Bagi kluster Tempasuk, 149 individu disaring, dengan 12 kes dikesan positif.

Bagi kluster UD SS2, sehingga 28 Nov, 40 individu disaring, dengan 13 kes dikesan positif.

Manakala itu , bagi kluster Tapak Bina Awan Baru, sehingga 28 Nov, 442 individu disaring dan 31 kes dikesan positif dalam kluster ini.

Must Read

Related News