NYT Cooking
& Dinner at the Zoo
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Walaupun anda boleh sahaja beli cookies di kedai, membuat biskut di rumah juga mudah dan boleh dibuat mengikut citarasa sendiri.
Jika anda ingin cuba membuat biskut, ini 5 resepi mudah dan sedap yang anda boleh ikuti!
1. Biskut Chocolate Chip
Kalau anda seorang peminat cookies, anda pasti mengenali Famous Amos yang terkenal dengan biskut chocolate chip. Biskut chocolate chip adalah antara biskut yang mudah untuk dibuat dan anti-gagal.
Dapatkan resepi penuh di sini.
2. Biskut Sea Salt Chocolate Chip
Anda inginkan sedikit kelainan? Cubalah resepi biskut ini yang sememangnya unik. Tekstur biskut yang rangup di luar dan chewy di dalam lalu dilengkapi dengan rasa manis cip coklat serta masin garam laut. Percayalah, sekali makan pasti nak lagi!
Dapatkan resepi penuh di sini.
3. Biskut Red Velvet
Anda sukakan red velvet? Anda perlu cuba resepi ini. Sesuai dengan namanya, warna merah biskut ini akan membuatkan ia nampak lebih menyelerakan. Cookies ini memang sedap dimakan sambil menonton Netflix bersama ahli keluarga. Tahu-tahu habis!
Dapatkan resepi penuh di sini.
4. Biskut Charcoal Chocolate Chip
Warnanya yang hitam seperti arang ditambah lagi dengan teksturnya yang rangup, biskut ini mungkin boleh menjadi biskut kegemaran anda. Biskut ini jarang dijual di kedai tetapi anda tidak perlu risau kerana ia mudah untuk dibuat dan hasilnya confirm sedap!
Dapatkan resepi penuh di sini.
5. Brookies
Sememangnya lain daripada yang lain, kombinasi antara biskut dan juga brownies ini sudah banyak mendapat perhatian ramai. Teksturnya yang chewy seperti brownies dan rangup seperti biskut memang boleh buat orang addicted!
Dapatkan resepi penuh di sini.