
PETALING JAYA: Seramai 193 daripada 518 individu yang ditahan mengingkari arahan perintah kawalan pergerakan semalam disebabkan gagal mengamalkan penjarakan fizikal.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan kedua tertinggi membabitkan aktiviti pusat hiburan, iaitu 119 orang, diikuti 71 individu ditahan kerana tidak memakai pelitup muka, 58 akibat gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan dan 77 lagi kerana kesalahan lain.
“Daripada jumlah itu, 517 individu dikompaun, manakala seorang individu direman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL



