HomePolitics15 polis Kota Bharu jadi kontak rapat tahanan positif COVID-19 dikuarantin

15 polis Kota Bharu jadi kontak rapat tahanan positif COVID-19 dikuarantin

Keputusan ujian kedua ke atas semua 15 anggota lelaki dari IPD Kota Bharu itu semalam dijangka diperolehi dalam masa terdekat. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Seramai 15 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menjalani kuarantin rumah selepas dikenal pasti menjadi kontak rapat seorang tahanan positif COVID-19 dari Selayang, Selangor.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Abdullah Muhammad Pian berkata, mereka termasuk seorang pegawai yang didapati negatif selepas ujian swab pada 25 Dis lalu.

Bagaimanapun, katanya, keputusan ujian kedua ke atas semua anggota lelaki itu semalam dijangka diperolehi dalam masa terdekat.

“Sebelum ini, kesemua mereka sudah menjalani kuarantin di rumah sebaik saja dikesan menjadi kontak rapat kepada tahanan terbabit. Kita berharap keputusan yang bakal keluar adalah negatif dan tiada anggota dijangkiti,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Kelantan, kira-kira 1,000 individu di negeri itu menjalani ujian saringan COVID-19 di klinik kesihatan dan hospital semalam.

Mereka terdiri daripada individu yang balik dari luar negara, kontak rapat pesakit positif COVID-19 serta sukarela menjalani ujian.

Must Read

Related News