1,123 kes baru, 4 kematian Covid-19

0
293

PETALING JAYA: Seramai 1,143 pesakit pulih mengatasi 1,123 kes baru Covid-19 yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebanyak 4 kes kematian turut dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan 380 kematian setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima daripadanya kes import dan baki 1,118 kes penularan tempatan.

Katanya, Sabah melaporkan kes harian tertinggi dengan 391 kes, diikuti Kuala Lumpur 265 kes.

BERITA LANJUT MENYUSUL