HomeEntertainment11 Restoran Luas Dan Selesa Sesuai Untuk 'Family Gathering' 10 Orang Ke...

11 Restoran Luas Dan Selesa Sesuai Untuk ‘Family Gathering’ 10 Orang Ke Atas

Cover image via
Ombak Kitchen

1. Serai

Dengan reka bentuknya yang dapat memuatkan 8 ke 15 orang dengan mudah, restoran serba moden dan selesa ini menjadi pilihan ramai untuk sesi makan bersama keluarga. Untuk anda yang inginkan lebih privasi, sesetengah cawangan juga menyediakan bilik khas yang boleh ditempah.Cawangan: Pavillion | Paradigm | Jaya Shopping Centre | Empire Shopping Gallery

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

2. Ratha Raub Kari Kepala Ikan @ Uptown Damansara

Restoran kari kepala ikan yang cukup popular ini menyediakan ruang makan yang lebih luas di tingkat atasnya, dengan meja-meja bulat yang mudah dicantum mengikut saiz kumpulan anda. Jangan lupa cuba roti canai di sini yang dikatakan antara yang terbaik di PJ!

Alamat: Ratha Raub Kari Kepala Ikan, No. 32, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 7 pagi – 10 malam (setiap hari)

No. Telefon: +603 7733 9287

Status: HALAL

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

3. Group Base @ Sri Damansara

Tempat makan popular ini biasanya menjadi tumpuan ramai sewaktu makan malam. Dengan ruang makan yang luas dan mudah diubahsuai mengikut saiz keluarga, jom ramai-ramai ke restoran old-school ini untuk mencuba pelbagai jenis masakan seperti Cina Muslim, Western, Melayu dan banyak lagi.

Alamat: Group Base, No. 7, Jalan Tanjung SD 13/2, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
6pm – 11pm (Isnin – Sabtu)
Tutup setiap Isnin

No. Telefon: +603 6272 1184

Status: Pork-free

4. Muhibbah @ Sungai Penchala

Restoran seafood ini menyediakan suasana yang cukup selesa untuk gathering bersama seisi keluarga. Dengan meja-meja bulat yang boleh memuatkan 8 ke 10 orang, ditambah pula dengan pilihan makanan laut yang sedap dan berpatutan, tidak hairanlah mengapa Muhibbah sentiasa menjadi pilihan ramai!

Alamat: Restoran Muhibbah, Lot 2851, Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 12 tengah hari – 3 petang, 6 petang – 10 malam (setiap hari)

No. Telefon: +603 7727 3153

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

5. Me’nate Steak Hub @ Bangi

Restoran stik ini pula khas untuk seisi keluarga yang minat masakan Western. Selain ruang makan yang dapat diubah untuk memuatkan seisi keluarga, restoran terkenal ini juga menyediakan pelbagai pilihan seperti Mixed Grill yang sedap untuk dikongsi beramai-ramai.

Cawangan: Ampang Jaya | Bangi | Shah Alam | Setapak

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook| Instagram

6. Al-Rawsha Restaurant @ Jalan Kampung Pandan

Yang sukakan masakan Arab pula, bolehlah pertimbangkan Al-Rawsha sebagai lokasi gathering anda. Nikmati pelbagai hidangan Arab klasik seperti Lamb Mandy, Nasi Kabsa dan bermacam-macam lagi bersama keluarga di dalam suasana yang cantik dan selesa.

Alamat: Al Rawsha, No. 8, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam

No. Telefon: +603 9200 6600

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

7. Golden Valley @ TTDI

Mengidam masakan Cina Muslim? Anda boleh menikmati Chili Crabs, Sweet & Sour Fish dan bermacam-macam lagi hidangan menarik di ruang makan yang cukup selesa ini. Meja-meja makan di sini boleh memuatkan 10 orang sekali gus, dan boleh dicantum untuk memuatkan bilangan yang lebih besar.Alamat: Golden Valley, LGB Tower, 1 Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
11.30 pagi – 3 petang, 6 petang – 10 malam (Isnin – Jumaat)
6 petang – 10 malam (Sabtu & Ahad)

No. Telefon: +603 7722 1488

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook| Instagram

8. Ombak Kitchen @ Bukit Jelutong

Inginkan menu makanan laut untuk sesi makan bersama keluarga? Nikmati hidangan seafood lambak sedap di Ombak Kitchen! Pilihan pelbagai makanan laut beserta perisa sos menarik seperti Zesty Lemon Butter dan Dark Chili Chocolate memang enak dikongsi bersama semua.

Alamat: Ombak Kitchen,Aras G, D’Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, Shah Alam

Waktu Operasi:
5 petang – 11 malam (Isnin – Jumaat)
12 tengah hari – 12 malam (Sabtu & Ahad)

No. Telefon: +603 7734 4699

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook| Instagram

9. Dolly Dim Sum

Dengan ruang makannya yang mudah diubahsuai untuk memuatkan 10 ke 15 orang sekali gus, restoran yang moden dan comel ini menjadi pilihan ideal untuk keluarga besar yang teringin untuk menikmati dim sum. Cawangan: Avenue K | Pavillion | NU Sentral

Status: Pork-free

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook| Instagram

10. Krathong Thai Restaurant @ Sri Petaling

Susun atur kerusi dan meja di restoran luas ini dapat diubah dengan mudah untuk memuatkan kumpulan yang besar, tidak kiralah jika ianya sekecil 8 orang atau sebesar 20 orang. Restoran ini juga mempunyai koridor dengan meja panjang yang sesuai untuk anda yang inginkan ruang yang terasing daripada para pengunjung lain.Alamat: Krathong Thai Restaurant, No. 20 – 12A-1, Jalan Radin Bagus 9, Sri Petaling, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
11 pagi – 11 malam (Rabu – Isnin) Tutup setiap Selasa

No. Telefon: +6019 263 7718

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

11. Flora Terrace @ Hampshire Park

Restoran bertemakan floral ini menawarkan menu masakan tempatan dan Western dengan suasana yang cukup selesa. Dengan meja-meja panjang yang boleh memuatkan 10 ke 20 orang pada satu masa, restoran ini ternyata sesuai untuk family gathering anda!Alamat: Flora Terrace, 157, Persiaran Hampshire, Hampshire Park, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
12 tengah hari – 11 malam (Isnin – Ahad)
3 petang – 11 malam (Jumaat)

No. Telefon: +03 2181 0872

Status: HALAL

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

You may be interested in:

Must Read

Related News