@_wan100 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Walaupun kita sudah terbiasa dengan norma baru ini, sebagai rakyat yang prihatin kita masih perlu ada rasa tanggungjawab untuk menjaga kesihatan dan SOP sesama sendiri.
Selain daripada itu, tular juga mengenai kepulangan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura pada malam semalam.
Sebuah rakaman memaparkan beratus ribu rakyat Malaysia merentas sempadan dari Singapura untuk bertemu dengan keluarga masing-masing setelah dua tahun tidak berjumpa mengundang sebak ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @_wan100, kelihatan sekumpulan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sedang menyambut kegembiraan pulang ke tanah air tercinta.
Disebabkan pandemik yang berlanjutan sehingga membuatkan mereka terkandas selama dua tahun di sana, ia membuatkan semua tidak dapat berjumpa dengan keluarga di Malaysia.
Di sebalik kegembiraan di wajah mereka, ramai juga yang turut merasa sebak kerana dapat bayangkan betapa rindunya keluarga di Malaysia menanti kepulangan anak, isteri, suami dan adik beradik tersayang.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.4M views, 133.6K likes dan 20.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat kepulangan rakyat Malaysia yang sanggup mencari rezeki di negara orang demi keluarga tercinta.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


