HomeEntertainmentWanita Ini Minta Tolong Netizen Edit Hilangkan Gambar Suami, Tak Sangka Lain...

Wanita Ini Minta Tolong Netizen Edit Hilangkan Gambar Suami, Tak Sangka Lain Pula Jadinya

Cover image via
@zeni_esa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Namun, ada juga orang yang tidak tahu edit gambar dan meminta pertolongan orang lain untuk menampakkan sesuatu gambar itu lebih bagus.

Berbeza pula dengan situasi yang dihadapi oleh seorang wanita ini apabila dia meminta tolong netizen editkan gambarnya bertukar menjadi insiden lucu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zeni_esa, kelihatan dia berkongsi kisah lucu di ruangan Facebooknya apabila dia meminta tolong pakar edit untuk menghilangkan gambar suami di belakang gambarnya yang sedang mendukung anak mereka.

“Hai pakar edit, boleh tak tolong hilangkan suami saya kat belakang tu. Orang nak bergambar, dia bercakap dalam telefon kat situ,” katanya.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila dia melihat salah satu hasil gambar tersebut selepas disunting membuatkan ramai ketawa berdekah.

Lihat hasil gambar itu di bawah:

Video berkenaan ternyata mengundang dekah ramai sehingga meraih 892.2K tontonan, 119.2K tanda suka dan 5K perkongsian di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen ingin tahu siapakah orang yang edit gambar tersebut kerana tidak menyangka hasil suntingannya kreatif sampai macam itu sekali.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News