Wanita Ini Bengang Orang Main Letak Pamplet Dekat Cermin Kereta Buat Ramai Boleh Relate

0
172
Cover image via
@amieraanuwar (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, itu adalah salah satu cara marketing kedai-kedai di luar sana untuk mempromosikan barangan atau makanan mereka.

Namun, mereka juga perlu mempunyai common sense dan tidak sesuka hati meletakkan pamplet di cermin kereta orang. Nak-nak lagi jika kualiti kertas yang digunakan adalah murah dan susah untuk ditanggalkan.

Seperti video yang tular baru-baru ini, seorang wanita naik bengang apabila dia mendapati sehelai pamplet promo Ramadan terlekat di cermin keretanya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@amieraanuwar

Jangan letak kat cermin lah! Sakit jiwa sebab dia melekat harey!

original sound – Amiera Anuwar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amieraanuwar, kelihatan dia baru saja sampai di keretanya dan mendapati terdapat sekeping pamplet promosi Ramadan sebuah restoran.

Apa yang membuatkan dia naik marah adalah apabila kertas pamplet itu melekat di cermin depan keretanya. Walaupun cuba untuk mencabut, pamplet itu tetap melekat dan meninggalkan kesan di cermin tersebut.

“Aku nak marah ni, kau nampak cermin aku. Eh bodoh betul la, lain kali jangan letak kat sini abang-abang akak-akak kalau nak menjual pun. Hujan, habis! Eee geramnya aku!” katanya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapati 1.1M tontonan, 66.3K tanda suka dan 351 perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut merasa geram melihat sikap individu yang selamba meletakkan pamplet di cermin kereta orang tanpa memikirkan kesan akibat sikap mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read: