Wanita Ini Ambil Gambar Kahwin Dalam Laut, Tapi Tak Sangka Hasilnya Pula Buat Ramai Ketawa

0
369
Cover image via @eyrafadz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai yang memilih pelbagai tema dan lokasi untuk membuat photoshoot seperti dalam hutan, taman, sungai, kawasan semak dan macam-macam lagi.

Tambahan pula jika mendapat jurugambar yang kreatif mengambil dan menyunting gambar kahwin tersebut, sudah tentu hasilnya memuaskan hati bukan?

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang wanita berani mengambil gambarnya memakai gaun pengantin di dalam laut telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@eyrafadz Reply to @rawaidaaaa first time kene buat fotoshoot underwater just pakai air support je. ghisauu sis. Itu jela posing yg paling ok #mermaid umbrella slowed – xxtristanxo

Menerusi video yang dimuat naik oleh @eyrafadz, kelihatan dia sedang menjalankan sesi photoshoot kahwinnya bersama seorang jurugambar di dasar laut.

Dia yang dilihat memakai gaun pengantin berwarna putih itu membuat pelbagai gaya untuk menghasilkan gambar yang menarik.

Namun, apa yang membuatkan ramai terkedu dan ketawa adalah apabila hasil gambarnya di luar jangkaan dan tidak menarik seperti apa yang orang ramai bayangkan.

Ternyata, video berkenaan tular sehingga mencecah 2.3M views, 179.4K likes dan 2.5K shares di lama TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut tidak menyangka hasil gambar kahwinnya menjadi seperti itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: