Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dengan wujudnya nama, maka seseorang itu boleh dikenali dan begitu juga nasabnya diketahui dengan mudah.
Bayangkan jika nama tidak wujud pada seseorang, pelbagai urusan duniawi menjadi sukar dan mustahil seseorang itu dapat hidup dalam keadaan normal.
Tetapi lain pula ceritanya apabila seorang wanita ini memiliki nama terpanjang di dunia yang terdiri daripada 1,019 huruf kembali tular di media sosial. Malah, dia turut mempunyai sijil kelahiran sepanjang dua kaki (0.6 meter).
Menurut laporan Mirror Online, Sandra Williams yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat (AS) memberitahu bahawa dia memutuskan untuk memberi nama unik kepada anak perempuannya yang dilahirkan pada 12 September 1984.
Ketika lahirnya bayi berkenaan pada tarikh itu, dia telah memberikan nama “Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams” pada sijil kelahirannya.
Walau bagaimanapun, tiga minggu kemudian ibu kepada wanita itu merasakan nama tersebut tidak cukup panjang, jadi dia memfailkan pindaan untuk menukar nama itu dan menjadikannya 1,019 huruf panjang dan turut menambah nama tengah 36 huruf.
Nama baru lepas ditukar oleh ibunya kini menjadi…
Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarna erenquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive’onchelleca undenesheaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenv aunetradevonneyavondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzad awnefriendsettajessicannelesciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaund rieaquenttaekatilyaevea’shauwneoraliaevaekizzieshiyjuanewandaleccian nereneitheliapreciousnesceverroneccaloveliatyronevekacarrionnehenriet taescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloiesalynnecsiannemer ciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetiaquani aenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavern ellchishankcarlinaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionne miariasarahtashabnequckagailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentesc acraigneckadellanierstellavonnemyiatangoneshiadianacorvettinagodtaw ndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquinettesequioadauri lessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoaj ohnyaetheodoradilcyana.
Jelas Sandra kepada Oprah Winfrey pada tahun 1997 sewaktu Jamie berusia 12 tahun, nama yang diberikan itu adalah bagi memecahkan Rekod Dunia Guinness. Oleh itu, ibunya perlu memastikan nama yang diberikan menjadi sesuatu yang unik.
“Saya tidak mahu namanya seperti orang lain. Namanya mesti berbeza dan saya perlu ada dalam buku Guinness,” ujarnya.
Sebagai rekod, nama yang dihasilkan itu telah mengambil masa selama enam tahun lamanya di mana ianya turut menggabungkan nama-nama filem, kereta, dan saudara-mara.
Tonton video penuh rancangan temu bual Oprah Winfrey di bawah: