Cover image via
Twitter @AkwaArifin
Meskipun internet sudah menjadi salah satu platform yang paling banyak kita gunakan untuk memudahkan kehidupan, namun tidak semua perkara didalamnya adalah sahih dan boleh dipercayai.
Bahkan, buat mereka yang suka memasak pula, pastinya anda pernah melihat beberapa tips dan cooking hacks di internet untuk memudahkan anda memasak.
Tetapi, ternyata tidak semua tips di internet ini boleh diamalkan dengan betul. Anda mesti perlu tahu dahulu apa yang betul dan apa yang salah.
Kalau bab memasak nasi ini, meskipun nampak mudah, namun kalau tidak kena dengan caranya, boleh jadi nasi itu akhirnya tidak boleh dimakan pun.
Nasi lembiklah, nasi keraslah, nasi sudah menjadi bubur pun ada.
Tapi menurut satu video keluaran Blossom, nasi yang sudah menjadi bubur boleh sahaja kita baikpulihkan semula dengan cara meletakkan sekeping roti di atas nasi itu. Kononnya roti itu mampu menyerap kelembapan pada nasi berkenaan.
Lihat video Blossom di bawah (skip pada saat ke 0.40):
Dalam video berdurasi 1 minit 40 saat itu, pengguna Twitter @AkwaArifin ingin mencuba sendiri teori roti mampu keringkan semula nasi lembik.
Menjadi ataupun tidak? Jeng…jeng…jeng!
Lihat video tersebut di bawah:
Konklusi: Teori itu TIDAK BOLEH PAKAI!