HomeUncategorizedViral Foto Senarai Nama Murid Bising, Netizen 'Triggered' & Teringat Memori Sekolah...

Viral Foto Senarai Nama Murid Bising, Netizen ‘Triggered’ & Teringat Memori Sekolah Rendah

“Jangan bising! Siapa buat bising aku tulis nama kat papan hitam!”

Pasti semua pernah merasakan pengalaman ‘diugut’ sebegini lebih-lebih lagi zaman sekolah rendah.

Image via Google

Bila guru kelas perlu menghadiri meeting atau kursus, maka kuasa sepenuhnya diberikan kepada ketua kelas. Arahan guru sebelum beredar biasanya, “Jangan buat bising! Ketua kelas tulis nama siapa yang buat bising,”

Tapi biasalah, nama pun budak-budak. Bila sudah ada peluang untuk duduk berkumpul dengan kawan-kawan maka tidak sah kalau tidak gelak walau se-minimum bunyi yang kedengaran.

Gambar adalah sekadar hiasan.
Image via IKIM FM

Mereka yang sudah dewasa pun tidak boleh duduk diam kalau pergi kursus, apatah lagi budak-budak. Tapi nasiblah, kalau dah tercatat nama pada papan hitam atau dalam buku 555 si ketua kelas. Alamatnya terimalah seadanya hukuman yang akan diberikan oleh guru.

Baru-baru ini tular di laman sosial gambar senarai nama murid berkelakuan tidak sepatutnya ketika guru kelas tiada yang ternyata telah menarik perhatian orang ramai

Manakan tidak, gambar senarai nama yang tular di laman Twitter itu berjaya menggamit memori para netizen mengenangkan kembali kenangan ketika berada di bangku sekolah rendah.

Image via Twitter @JalalMisai_2

Hasil tinjauan di laman Twitter mendapati rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian berkenaan. Bukan itu sahaja, masing-masing turut berkongsikan pengalaman sekolah rendah mereka.

Ada yang teringat semula nama mereka ditulis, ada juga yang mengaku merupakan tukang menulis nama-nama pelajar ‘bermasalah’ ini. Lebih menarik, siap ada yang masih tidak berpuas hati mengapa nama mereka pernah berada dalam senarai tersebut.

Antara komen menarik daripada netizen:

Detik-detik seram dalam kelas ketika cikgu tiba-tiba ada mesyuarat. pic.twitter.com/YXuz9lpTrF

— Pakcik (@JalalMisai_2) July 21, 2020

Apa barang tulis kat kertas, kita main chalkboard hahhaha. Buat bentuk “T” lpstu label “L” dgn “P”. Tp method ni kena kuat mental sbb once tulis nama member fuhh smpai tahun depan dendam lg

— Syxx15 (@Syxxiq) July 20, 2020

aku still ingat lagi ketua kelas darjah 1 ilya nama dia, aku minta izin dah nak g buang sampah kat belakang. Dia cakap okay, tapi lepas tu dia tulis nama aku sebab berjalan. the heck?

— Huwaida Amani (@huwaiedakt) July 20, 2020

teringat mse darjah 1 ade anak cikgu ni, dia ketua kelas.. dia kata sapa pusing belakang dia baling pembaris yg warna kuning kayu panjang tu sekali kwn gue pusing kene baling mcm rejam lembingg tu byg kan.. dasarrr anak tapirr

— apoo (@nzzirahh) July 20, 2020

Paling tak rilek bila diri sendiri disuruh incharge tulis nama jakgi mula lah sorang2 panggil “weh2 aku tolong nak nak?” , “Ey zaf ituuu kasi tuliss sama arip arip dia talkative too much dey” “weh weh aku jagakan skali nak nak?”(sambil pegang pembaris panjang)

— Zaf (@zafJames_) July 20, 2020

Masa D2 cikgu suruh penolong tulis nama and time tu penolong aku lelaki, dia berdiri sbb nak jaga class. Then cikgu balik, cikgu marah dia knp dia berdiri. Padahal dah ckp dia jaga class dia penolong. Pastu kena tibai eh member aku tu. Problem ah cikgu

— (@yasminchewa) July 21, 2020

Dulu kena sebab “berjalan”‍. Tak valid langsung, cikgu pula jenis cubit ja nama yang kena tulis. Pernah sekali itu, sebab ini sepakat satu kelas nak tukar Penolong (awal tahun dia pergi volunteer, kami tak redha )

— Zareef (@zarifaidil98) July 20, 2020

Nama aku tak pernah kena tulis sebab akulah yang tulis nama mereka. Tapi bila bgtau mereka nama ada. Barulah buat sikap baik. Jadi aku potong nama mereka yang dah jadi baik. Jadi semua dapat dikawal dengan baik.

— Aku La Ko Sape (@akulakosape) July 21, 2020

Ingat dulu kena tulis nama sebab time solat main main kaki dgn member. Habis datang sekolah kena ketuk tumit guwe dgn pembaris kayu anjir bapak tak khusyuk sia yg tulis nama aku tu

— amir merican (@amirjenal) July 20, 2020

Weh aku pun macamtu do dulu haih. Darjah dua, weh jahat nya aku. Sebab kan gaduh ngan kawan, aku tulis nama dia kat white board time cg takde sebab nak takutkan dia. Gurau je hm Pastu kitorang baik balik sorry 🙁

— flaws (@nurulazrinnn) July 21, 2020

Kalau dah tak suka Korek hidung pon kene tulis name sia

— MrKacangPoolYangSuka (@Ha_iril) July 20, 2020

paling menyampah kalau nama aku dia tulis gini :hani (bercakap 100×)

— cekodok pisang nyum nyum (@hnisyyhda) July 20, 2020

The first ever power trip that everyone has experienced. https://t.co/XnD8CwMKa7

— (@marlxrd) July 20, 2020

Paling tidak boleh ‘blah’, ramai juga yang mempersoalkan mengapa nama Amin ditulis, serta bagaimana ketua kelas tahu apa yang Syukri buat di dalam tandas.

Dia tgh kira bulu penyapu kot tu

— Ahmad tu ayah aku (@mhdhaimiahmd) July 20, 2020

Seriously ada bakat sebagai seorang detektif.

— ليۏرڤول ڤاور (@hasif_182) July 20, 2020

apesal budak tu main bulu penyapu

— … (@farhannnahhhh) July 20, 2020

“Main kat tandas” tu gigih class rep pegi tgk ye pic.twitter.com/0QyqXYvB5J

— Cᴀʟʟ Mᴇ Rɪᴇ | أزهري (@Rie_Azhari89) July 21, 2020

AMIN = MAIN BULU PENYAPU.That Amin kid is going places, I think. https://t.co/fDJ7WzSHrG

— AWANG (@idespisecats) July 20, 2020

Main kat tandas pun tak oleh https://t.co/mIhZ52V9CK

— fy (@fieekhann) July 20, 2020

Syukri is going places. Not school, but places. https://t.co/4Vo8Nz3uMW

— Pajerol (@pajoysrsly_) July 20, 2020

Amin r u ok https://t.co/vEYdQIAfDE

— Hazel (@hazelleiana) July 20, 2020

Teringat nama penulis pun pernah ada kat papan hitam sebab bising dalam kelas.

Alahai, rindunya zaman sekolah rendah!

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News