Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Malah, lebih menyayat hati terdapat juga kematian ditemui dipercayai akibat daripada kesan banjir tersebut. Oleh kerana itu, amatlah bahaya jika kita memandang rendah dengan air banjir ini kerana boleh mendatangkan risiko.
Tular baru-baru ini video di TikTok memaparkan seorang warga emas cuba untuk meredah banjir seorang diri telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang lelaki sedang berada di sebuah kawasan yang habis ditenggelami banjir bersama dengan seorang warga emas.
Difahamkan, mereka ingin menghalang pak cik tersebut kerana dia mahu meredah banjir seorang diri yang ketinggiannya hampir mencecah pinggang.
Namun, pak cik itu bertindak dengan memarahi mereka berdua dan sempat melibas menggunakan tali kerana enggan dipaksa.
Setelah beberapa minit, pak cik itu akhirnya berjaya dipujuk dan mereka membawanya ke tempat lebih selamat. Rupa-rupanya, seorang wanita tampil memberi penjelasan warga emas itu adalah ayah mentuanya yang mengalami masalah nyanyuk.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 6.9M views, 405.2K likes dan 7,387 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: