HomeUncategorized Viral Abang Tentera Bagi McD Dekat Peminta Sedekah Dipuji Netizen. Respect!

[VIDEO] Viral Abang Tentera Bagi McD Dekat Peminta Sedekah Dipuji Netizen. Respect!

Anggota Tentera Malaysia (ATM) sering dikenali sebagai pasukan yang tegas dan garang kerana mereka diajar untuk berperang serta melawan musuh negara

Namun siapa sangka itu semua hanya dari luaran saja. Mereka juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan serta belas kasihan sesama manusia.

Sama seperti perkongsian yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini apabila video dua orang askar telah mencuri perhatian dan meninggalkan kesan yang amat dalam kepada warganet.

Berikut di bawah adalah video penuh tersebut:

@maslianadin

Location Mcd Caltex Bayan Baru Penang ##fyp ##penang ##pulaupinang ##frontliners

Mungkin Hari ini Esok Atau Nanti Cover by Ray – Ray

Terjumpa dengan peminta sedekah di restoran fast food dan memberikan air serta makanan

Menerusi video berdurasi 17 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @maslianadin , kelihatan dua orang askar tersebut baru saja membeli makanan di McD Caltex Bayan Baru, Pulau Pinang.

Namun sebaik saja mereka ingin keluar dari kawasan McD itu, mereka terserempak dengan seorang pak cik yang merupakan peminta sedekah dan telah memberikan air kepadanya.

Apa yang lebih menyentuh hati warganet adalah apabila abang askar itu berpatah balik dan memberikan pula makanan kepada pak cik berkenaan kerana prihatin terhadapnya yang mungkin belum mengisi perut ketika itu.

Image via @maslianadin (TikTok)

“Dia patah balik bagi makanan, terbaik! Mula-mula bagi air. Respect you abam” – Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang sehingga kini menerima 394.4K views, 47.6K likes dan 1,153 comments di TikTok, rata-rata warganet memuji kebaikan yang dilakukan oleh dua orang askar itu.

Walaupun mereka dilatih untuk berperang dan menjaga keselamatan, jauh di sudut hati masih ada erti perikemanusiaan. Dalam pada itu, ramai yang mendoakan semoga dua orang askar dan pak cik berkenaan dimurahkan rezeki serta dirahmati Allah SWT.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @maslianadin (TikTok)

Image via @maslianadin (TikTok)

Image via @maslianadin (TikTok)

Image via @maslianadin (TikTok)

Image via @maslianadin (TikTok)

Image via @maslianadin (TikTok)

Image via @maslianadin (TikTok)

Image via @maslianadin (TikTok)

Image via @maslianadin (TikTok)

Image via @maslianadin (TikTok)

Tiba-tiba pula mata masuk habuk. Terima kasih abang ATM! Jasamu dikenang 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News