HomeEntertainment Tiada Pengawasan Ibu Bapa, Budak Lari Melintas Jalan Ini Cetus Kemarahan...

[VIDEO] Tiada Pengawasan Ibu Bapa, Budak Lari Melintas Jalan Ini Cetus Kemarahan Ramai

Cover image via Abdul Rashid Mohamad Al-Hedra (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bukan apa, dashcam ini bertindak sebagai ‘mata’ dan mampu menolong kita untuk melihat pelbagai situasi ketika berada di jalan raya. Malah, ia juga boleh dijadikan sebagai bukti nanti. Sebab itu pentingnya ada dashcam.

Baru-baru ini tular di Facebook apabila seorang budak lelaki berlari melintas jalan raya telah mencetus kemarahan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi posting tersebut, kelihatan satu rakaman daripada dashcam memaparkan seorang budak lelaki nyaris dilanggar selepas dia berlari melintas jalan raya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Pantai Puteri, Melaka. Pada awal rakaman itu kelihatan kereta itu baru saja keluar dari tempat parking dan ingin menuju ke destinasi seterusnya.

Namun, muncul seorang budak lelaki dengan pantas berlari melintasi jalan raya menyebabkan kereta itu terpaksa menekan emergency break. Mujur saja tiada apa-apa yang berlaku kepada budak tersebut.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati netizen memberikan pelbagai reaksi dan memarahi ibu bapa budak itu kerana tidak mengawasinya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 357 likes, 132 comments dan 69 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in:

Must Read

Related News