[VIDEO] “Teruja” – Reaksi Budak Kecil Jumpa Sepupu Buat Pertama Kali Ini Raih Perhatian

0
255
Cover image via
@katsudno (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Maklumlah, ada yang mendirikan rumah tangga dan ada juga telah selamat melahirkan anak. Oleh itu, tiada kesempatan untuk semua bersua muka disebabkan halangan yang menimpa sejak Covid-19.

Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini memaparkan dua orang budak kecil yang merupakan sepupu bertemu buat pertama kali telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@katsudno

2022 raya is something else and im missing the first day of eid so much already

see tinh spedup – gjnk

Menerusi video yang dimuat naik oleh @katsudno di TikTok, kelihatan dua orang budak kecil, lelaki dan perempuan telah berjumpa buat kali pertama pada hari raya tahun ini.

Apa yang meraih perhatian ramai adalah apabila budak perempuan tersebut menunjukkan reaksi yang begitu teruja sehingga membuatkan dirinya teriak kegembiraan, manakala budak lelaki itu pula control macho.

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 2.3M views, 382.1K likes dan 3.4K comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap gelagat budak kecil itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read: