@notfiziehashim (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Malah, suasana yang tenteram dan bebas daripada gangguan amat diperlukan untuk menyelesaikan tugasan tersebut.
Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang pelajar lelaki diintai oleh seekor monyet sewaktu dia sedang melakukan tugasan telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berdurasi 7 saat yang dikongsikan oleh @notfiziehashim di TikTok, kelihatan seorang pelajar lelaki sedang melakukan tugasannya di sebelah tingkap yang ditutupi langsir.
Apa yang mengejutkan pelajar berkenaan adalah apabila langsir itu tiba-tiba diselak oleh seekor monyet.
Lebih menghiburkan adalah apabila monyet tersebut turut kelihatan terkejut dan ia cepat-cepat beredar setelah melihat pelajar lelaki itu.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sebanyak 349.3K views, 39.8K likes dan 964 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi pelajar lelaki dan monyet tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: