[VIDEO] Tak Sangka Ada Salji Turun, Lelaki Ini Kongsi Keadaan Ketika Daki Gunung Kinabalu

0
207
Cover image via
@mrk_ranau2021 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, anda akan dapat melihat permandangan yang indah setibanya di puncak gunung itu. Malah, mendaki gunung akan memberikan anda banyak pengalaman.

Namun, baru-baru ini tular video apabila seorang pendaki berkongsi keadaan di gunung tersebut yang dituruni salji telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan pendaki sedang berada di atas puncak Gunung Kinabalu.

Cuaca difahamkan sangat sejuk dan secara tiba-tiba kelihatan ketulan putih menyamai salji dilaporkan jatuh dari langit berhampiran puncak gunung berkenaan selama beberapa minit.

Situasi itu membuatkan semua merasa terkejut dan merakam momen indah yang jarang sekali berlaku itu.

Lihat antara video lain itu di bawah:

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi keterujaan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 595.5K views, 68.2K likes dan 2,693 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: