[VIDEO] Syok Berjoget Di Tepi Jalan, Budak Ini Tak Perasan Rupanya Ada Orang Dalam Kereta

0
680

Cover image via
@farrafa8 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ada yang menjadikan TikTok sebagai platform menunjukkan bakat, ada yang berkongsi pelbagai tips dan ada juga yang menjadikannya sebagai hiburan.

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila gelagat seorang budak perempuan yang syok berjoget tarian TikTok telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@farrafa8 Adik ni kenapa ? Aku nak kuar parking dia bantai dance tiktok!!! Harap Kau fyp dik … #fypdongggggggg #fyp #fyp original sound – Farra Syazwani

Menerusi video tersebut, kelihatan sepasang suami berkongsi aksi lucu ketika mereka sedang berada di dalam kereta sebelum keluar.

Semasa mereka ingin keluar, tiba-tiba datang seorang budak perempuan berada di depan kereta mereka difahamkan menunggu seseorang. Budak itu dilihat dengan sakan berjoget seperti tarian TikTok di depan kereta itu tanpa menyedari sebenarnya ada orang di dalam.

Apa yang lebih menghiburkan adalah, situasi itu membuatkan pasangan suami isteri berkenaan terpaksa menghon sedikit bagi memberitahu mereka ingin keluar. Budak itu dengan terkejut terus mengangkat tangan dan beredar.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat budak perempuan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 62.2K views, 5,728 likes dan 319 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: