[VIDEO] Syok Berborak Dengan Rakan Dalam Bahasa Tamil, Mak Cik Ini Buat Ramai Kagum. Wow!

0
210

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya

Jadi tidak hairanlah jika ada segelintir daripada kita fasih berbahasa asing selain bahasa Melayu betul tak?

Hal ini merupakan satu keistimewaan bagi sesiapa yang dapat bertutur lebih daripada satu bahasa.

Sama seperti video yang tular di Twitter ini apabila seorang mak cik fasih berborak bahasa Tamil dengan seorang rakannya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terbaik lah mak….speaking memang terer. Video lama. QasehMegat pic.twitter.com/py2PM44A7u

— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) July 10, 2021

Seronok borak dengan rakan dalam bahasa Tamil

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan seorang mak cik sedang berada di dalam kereta sambil berbual dengan seorang rakannya menerusi tingkap.

Difahamkan mereka berdua sedang berborak mengenai khabar keluarga dan memberitahu ada sahabat mereka meninggal dunia.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah mak cik itu bukan berborak menggunakan bahasa Melayu tetapi dia menggunakan bahasa Tamil dengan rakannya itu. Malah, dia juga dilihat sangat fasih dalam bahasa Tamil itu.

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

“Bayangkan how powerful Malaysian gonna be kalau semua rakyat pandai cakap Tamil, Mandarin” – Netizen

Dalam pada itu tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dan memuji selepas melihat kebolehan mak cik itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 31.6K views, 583 retweets dan 1,059 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Xsangka aku boleh tunggu sampai video habis walaupun sepatah haram aku xpaham apa benda auntie ni dok borak.

— Aimée (@amirah_faizah) July 10, 2021

Bincang tanya khabar tentang keluarga.. hasil permerhatian mereka lama tak jumpa.. memberitu ahli keluarga meninggal… dan sahabat dulu mereka juga meninggal dunia..

— Raaj (@mraaj89) July 11, 2021

Bayangkan how powerful malaysian gonna be kalau semua rakyat pandai cakap tamil, mandarin

— Junisible (@AidatulNaa) July 10, 2021

Mak cik mng power.. i tunggu sampai akhir video nak tau translation dia..

— Titanium (@fadilalalalala) July 11, 2021

Aku tunggu sampai habis video dan faham cerita pasal cuci darah, accident dengan 2 orang. Canne nk relate eh?

— xyz (@CikAqidah) July 11, 2021

Hebat makcik ni

— سوكري (@sukrisabri) July 11, 2021

Kenapa aq rasa dengki pulak dgn makcik ni pandai berbahasa

— Kazuki278ᕕ(ᐛ) (@k4zuki278) July 10, 2021

Bukan semua orang boleh bercakap lebih dari dua bahasa. Cayalah mak cik! 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: