@geeaml10 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aktiviti seperti sukaneka sememangnya menjadi pilihan utama untuk dilakukan bersama. Contohnya, cari gula-gula dalam tepung, lari dalam guni dan banyak lagi.
Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki memecahkan belon menggunakan punggungnya telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @geeaml10 di TikTok, kelihatan beberapa orang sedang bermain acara sukaneka memecahkan belon menggunakan punggung.
Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila seorang lelaki telah memecahkan sekali kerusi yang digunakan sewaktu bermain acara itu. Bukan sekali, tetapi dua kali pula tu.
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 10.4M views, 1.9M likes dan 16.8K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


