Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semua orang sudah cakna, wanita akan ada alahan dan mengidam sesuatu ketika hamil merupakan perkara yang normal
Tetapi tahukah anda bahawa suami pun sebenarnya boleh terkena tempias alahan dan mengidam sama seperti ibu mengandung. Orang kata kalau suami terkena alahan apabila isteri hamil, pasangan ini akan digelar sebagai pasangan yang serasi.
Baru-baru ini tular sebuah video, apabila seorang wanita berkongsi keadaan suaminya yang muntah-muntah dek kerana terkena tempias alahan isteri mengandung telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
ini lah dinamakan Seronok bersama sensara juga bersama ingat yg pertama aja begitu, yg kedua juga beginii. ok Adil
Sebenarnya, alahan ini bukanlah kali pertama berlaku
Menerusi video yang dimuat naik oleh @habibahchehassan, kelihatan dia menunjukkan keadaan si suami muntah-muntah disebabkan alahan isterinya yang sedang hamil.
Difahamkan, ini merupakan kali kedua si suami terima nasib sebegitu. Ketika dia mengandungkan anak pertama juga si suami terkena alahan muntah-muntah.
Setiap malam dia akan sediakan pelbagai jenis asam di tepi katil bagi hilangkan rasa mual si suami.
Lihat video sambungan itu di bawah:
@habibahchehassan Replying to @ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Image via @habibahchehassan (TikTok)
“Orang tua-tua cakap, kalau suami yang kena tempias alahan maknanya dia sayang lebih ke orang rumah dia” – Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dan ada yang turut berkongsi pengalaman mereka ketika suami terkena alahan.
Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah meraih sebanyak 266K views, 19.8K likes dan 509 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @habibahchehassan (TikTok)
Image via @habibahchehassan (TikTok)
Image via @habibahchehassan (TikTok)
Image via @habibahchehassan (TikTok)
Image via @habibahchehassan (TikTok)
Inilah dinamakan sehati sejiwa, sama-sama rasa alahan ketika mengandung 😛
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik