HomeEntertainment Suami Tak Sangka Lepas 5 Bulan Kahwin Baru Tahu Rumah Sewa...

[VIDEO] Suami Tak Sangka Lepas 5 Bulan Kahwin Baru Tahu Rumah Sewa Rupanya Milik Isteri

Cover image via
@aqim03 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dimanakah anda dan pasangan mahu tinggal dan berapakah bajet anda jika mahu sewa. Kadangkala ada di antaranya yang duduk sekejap di rumah ibu bapa mereka sebelum mencari rumah yang lain. Itu semua terpulang kepada individu itu sendiri.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki terkejut kerana baru tahu rumah yang sedang disewanya adalah milik si isteri telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi pengalamannya selepas mendapat tahu perkara sebenar dari si isteri.

Difahamkan, mereka berdua baru saja berkahwin dan merancang untuk menyewa rumah terlebih dulu sementara menyusun kewangan dan lain-lain komitmen.

Namun apa yang lebih mengejutkannya adalah selepas lima bulan berkahwin baru dia tahu rupa-rupanya rumah yang sedang disewa itu adalah milik isterinya sendiri.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 730.3K views, 75.9K likes dan 1,675 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News