@khairuddinsamsudin (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Anjing liar dan anjing peliharaan memang sangat berbeza kerana anjing peliharaan lebih jinak.
Namun, tular sebuah video ini memaparkan seorang mak cik dengan selamba berhenti sebelah tiga ekor anjing liar semasa menunggu lampu isyarat telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang mak cik sempat dirakam oleh seorang pengguna jalan raya apabila dia dengan selamba berhenti di sebelah anjing semasa lampu merah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah mak cik itu langsung tidak takut pada mereka. Malah, sebaik saja lampu bertukar hijau anjing-anjing itu siap mengejarnya.
Lihat penjelasan penuh di bawah:
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ada netizen yang memberitahu rupa-rupanya anjing itu sudah mengenali mak cik tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 490.4K views, 33.2K likes dan 710 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: