@m4nwtf (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebenarnya tidak dinafikan kerana ia memang ada. Pasti kita akan rasa teruja kalau terjumpa seseorang mirip dengan kita. Apatah lagi jika ianya seakan-akan dengan selebriti.
Situasi itu sama seperti seorang pemuda ini apabila video memaparkan wajahnya mirip dengan pelakon dari filem Spiderman, Tom Holland telah menjadi perbualan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda dilihat sedang berada di padang bola sepak sambil dirakam oleh rakannya. Difahamkan, lokasinya itu adalah di Perlis.
Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah raut wajahnya yang sama sekali tidak ubah seperti bintang antarabangsa terkenal iaitu Tom Holland dari filem Spiderman.
Videonya itu ternyata mendapat pelbagai komen daripada netizen yang melihatnya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan reaksi mereka dan bersetuju wajahnya itu mirip dengan pelakon terkenal tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 247.8K views, 33.9K likes dan 668 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: