Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
TikTok merupakan aplikasi untuk semua menyerlahkan bakat dan kreativiti masing-masing
Ramai yang merakam pelbagai video untuk dimuat naik di TikTok. Sebagai contoh, video lip sync, video challenge, video menari menyanyi dan pelbagai lagi. Oleh sebab itu, rakaman video perlulah jelas dan dirakam daripada angle yang cantik.
Tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki meminta ibu untuk merakam videonya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
the best videographer ever layan je kerenah anak dia HAHAHA
original sound – kenshin – kenshin
Minta mak rakamkan video semasa menaiki basikal
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menunggang basikal di pinggiran pantai yang cantik.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia meminta ibunya untuk merakam aksi menunggang basikal itu.
Lebih melucukan lagi apabila ibunya turut saja perintah anaknya yang meminta video itu dijadikan statik dan tidak bergerak. Ibunya siap zoom in seolah-olah sudah mahir merakam video.
Image via @ayiecrocs (TikTok)
Image via @ayiecrocs (TikTok)
“Dah kata rakam biasa, zoom pulak” – Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua beranak itu. Malah, ramai yang memuji ibunya yang pandai zoom.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 271K tontonan, 53K tanda suka dan 400 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ayiecrocs (TikTok)
Image via @ayiecrocs (TikTok)
Image via @ayiecrocs (TikTok)
Image via @ayiecrocs (TikTok)
Image via @ayiecrocs (TikTok)
Pandai mak dia rakam, nasib baik tak gegar! 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik