HomeEntertainment Siap Pasang Khemah, Warung Nasi Kenduri Kahwin Ini Dapat Perhatian Ramai...

[VIDEO] Siap Pasang Khemah, Warung Nasi Kenduri Kahwin Ini Dapat Perhatian Ramai Di TikTok

Cover image via
@azmhni.ps (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memandangkan majlis perkahwinan sudah mula dibenarkan, pasti kita tertunggu-tunggu jemputan ke majlis kenduri kahwin daripada ahli keluarga atau kawan-kawan hanya kerana craving nasi minyak dan air sirap kenduri.

Tetapi, tular baru-baru ini mengenai sebuah warung di tepi jalan yang membuat konsep ala kenduri kahwin telah menarik perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@azmhni.ps

Janji lepasnih ikut mak pi kenduri bila tengok ni terus teringin nasi kenduri ##nasikenduri ##fyppppppppppppppppppppppp

original sound – azmhni ps

Menerusi perkongsian video daripada @azmhni.ps, kelihatan dia mengambil beberapa rakaman situasi di sebuah warung tepi jalan.

Pada mulanya, lelaki itu menyangka ada kenduri kahwin sedang berlangsung kerana terdapat banyak khemah siap dihias dengan bunga manggar.

“Rupa-rupanya kedai makan ala-ala kenduri kahwin, siap ada lagu kompang dipalu. Rindu betul nak makan nasi kenduri, feeling kenduri gitu tapi pengantin takda haha,” katanya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 213.8K tontonan, 19K tanda suka dan 1.6K perkongsian di laman TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen memuji kreativiti pemilik Warung Nasi Kenduri Kahwin itu mempromosikan makanannya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News