Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Beberapa kawasan di Shah Alam, Selangor teruk dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat yang melanda daerah tersebut
Banjir yang melanda kawasan berkenaan terjadi akibat hujan lebat tanpa henti sejak jam 3 petang semalam.
Terdapat beberapa buah kenderaan seperti motosikal dan bas juga kelihatan gagal meredah kawasan banjir tersebut, malah ada yang bertindak berpatah balik.
Dalam pada itu, penduduk sekitar Shah Alam berkongsi keadaan banjir kilat yang melanda dengan memuat naik gambar di media sosial susulan hujan lebat selama beberapa jam.
shah alam. my next daily is gonna be a pickup truck for sure. hello ford ranger raptor. pic.twitter.com/GnUXTakwg7
— Paul Tan (@paultantk) September 26, 2021
shah alam stadium area pic.twitter.com/sbIy1ygMnA
— Paul Tan (@paultantk) September 26, 2021
shah alam stadium area pic.twitter.com/sbIy1ygMnA
— Paul Tan (@paultantk) September 26, 2021
Image via @KinahNizaruddin (Twitter)
Image via @KinahNizaruddin (Twitter)
Image via @KinahNizaruddin (Twitter)
Sementara itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor turut menerima laporan beberapa kawasan sekitar Seksyen 13, Stadium Shah Alam dinaiki air sehingga 1.2 meter
Menurut laporan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima laporan beberapa kawasan sekitar Seksyen 13, Stadium Shah Alam dinaiki air sehingga 1.2 meter.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam ke lokasi mendapati sebuah kenderaan terkandas di dalam banjir di kawasan itu.
“Bagaimanapun, pemandu sudah keluar menyelamatkan diri,” katanya.
Norazam berkata, tinjauan anggotanya di beberapa lokasi di sekitar Seksyen 13 mendapati banjir sudah mula surut tetapi kami masih lagi memantau dan mendapatkan maklumat mengenai kejadian ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Selain Seksyen 13, penduduk sekitar Seksyen 9, Seksyen 10, Seksyen 4, Seksyen 7 turut berkongsi keadaan banjir kilat berhampiran kediaman serta lokasi mereka berada.
— Sakinah Nizaruddin (@KinahNizaruddin) September 26, 2021
— Sakinah Nizaruddin (@KinahNizaruddin) September 26, 2021
ALERT Elakan melalui jalan-jalan sekitar sini. Air naik. Area seksyen 9 menghala Bulatan Kayangan banjir teruk.Lokasi: Kawasan sekitar Concorde Hotel Seksyen 9, Shah Alam. Sumber: Shah Alam Residents (Facebook). pic.twitter.com/qNkI5NxLMt
— Utt (@AtiqHuxley) September 26, 2021
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik