HomeEntertainment "Setepek Kena Bongok" - Gelagat Nenek Ini Melayan Dancing Cactus Undang...

[VIDEO] “Setepek Kena Bongok” – Gelagat Nenek Ini Melayan Dancing Cactus Undang Tawa Ramai

Cover image via
@missnurulfatihah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Permainan dancing cactus ini mula tular di TikTok, sejak itu ramai yang memilikinya dan berkongsi permainan ini. Malah, ada juga yang buat konten di TikTok bersama dancing cactus itu.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila gelagat seorang nenek melayan dancing cactus telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita merakam gelagat neneknya yang sedang bermain dengan permainan viral iaitu dancing cactus di rumah.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah nenek itu seolah-olah seperti sedang bercakap dengan dancing cactus tersebut kerana mengajuk percakapannya.

Malah, yang lebih melucukan lagi nenek itu siap cakap “bongoklah bercakap dengan kau ni” pada dancing cactus itu membuatkan semua orang yang ada di situ tergelak melihatnya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat nenek tersebut bersama dancing cactus itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 916.9K views, 135.2K likes dan 3,963 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News