Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi pencinta haiwan, pastinya akan menjadi kepuasan apabila mengusik haiwan bukan?
Lebih-lebih lagi, usik ketika mereka sedang tidur. Haiwan-haiwan pula, apabila dikacau mereka kadangkala memberi reaksi sama ada ingin bermain mahupun ingin menerkam seolah-olah ingin melepaskan geram.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila seorang pelajar seronok mengusik dan mengajuk burung kakak tua namun selang beberapa minit pelajar itu menangis telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
@jeffpetstation Mengusik Bluewie #minizooutara #parrot #fyp #educationalpurposes Yasir Lana – arief akdw
Seronok sangat usik burung, sekali menangis bila kena patuk
Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang pelajar sedang seronok melihat pameran burung kakak tua di sekolahnya.
Pelajar itu seronok mengajuk cara burung itu bergerak malah dia juga mengusik burung itu seolah-olah ingin memegangnya.
Namun, gelak tawa mereka bertukar jadi duka apabila pelajar yang mengusik itu dipatuk. Telatah pelajar itu yang membuatkan rata-rata warganet terhibur.
Image via @jeffpetstation (TikTok)
Image via @jeffpetstation (TikTok)
“Tu lah. Dia buat kita tak apa, tapi kita buat dia tak boleh. Kan dah mendapat” – Warganet
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan memuji tindakan rakannya yang memujuk sebaik sahaja dipatuk walaupun ianya berpunca daripada dirinya sendiri.
Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah meraih sebanyak 448.4K views, 21K likes dan 560 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @jeffpetstation (TikTok)
Image via @jeffpetstation (TikTok)
Image via @jeffpetstation (TikTok)
Image via @jeffpetstation (TikTok)
Image via @jeffpetsation (TikTok)
Mungkin burung tu geram sangat, itu yang dia patuk 😛
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik