HomeUncategorized Sempat Kenakan Pengantin Baru, Sepupu Sorok Jam Loceng Bunyi Bising Pukul...

[VIDEO] Sempat Kenakan Pengantin Baru, Sepupu Sorok Jam Loceng Bunyi Bising Pukul 2 Pagi

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, setiap pengantin baru akan menerima pelbagai hadiah pada hari persandingan bukan?

Pasangan pengantin kadangkala sampai tidak cukup tangan nak membuka hadiah daripada kawan-kawan dan saudara-mara. Ada juga saudara yang dilihat ingin mengenakan pasangan pengantin dengan memberikan jam loceng. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pasangan pengantin baru ini gigih mencari jam loceng yang berbunyi pukul 2 pagi telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@emmaiqbal19

My husbands cousins hid alarms in our room on our wedding night #fyp #foryoupage #marriedcouple #browntiktok #desi #bride #pakistaniwedding

Oh No – Kreepa

Pengantin baru terpaksa mencari jam loceng yang berbunyi pukul 2 pagi

Menerusi video berkenaan, kelihatan sepasang suami isteri sedang berada di bilik hotel mereka yang penuh dengan hadiah.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila si suami dilihat sedang mencari jam loceng yang berbunyi pada pukul 2 pagi. Rupa-rupanya, itu merupakan salah satu hadiah daripada saudara mereka.

Tidak lama kemudian, lelaki itu dilihat berjaya menjumpai jam tersebut yang disorokkan di bawah laci bilik mereka. Perkara itu telah mengundang dekah mereka berdua.

Image via @emmaiqbal19 (TikTok)

“Good idea, I’m gonna do this for my brother wedding” – Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang berpendapat itu merupakan hadiah terbaik. Namun begitu, ada juga yang tidak gemar jika mereka menerima hadiah tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1.8M tontonan, 90K tanda suka dan 800 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @emmaiqbal19 (TikTok)

Image via @emmaiqbal19 (TikTok)

Image via @emmaiqbal19 (TikTok)

Image via @emmaiqbal19 (TikTok)

Nasib baiklah jumpa jam loceng tu, kalau tak mahu sakit kepala semalaman! 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News