Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum mengetahui bersempena bulan Ramadan ini banyak stesyen televisyen yang menyediakan program bermanfaat untuk penonton
Contohnya rancangan mengaji yang sudah menjadi program wajib yang dipaparkan setiap tahun di kaca televisyen.
Rancangang ini membolehkan penonton menelefon untuk menyemak sama ada bacaan mereka betul atau tidak dengan bimbingan ustaz yang mendengarnya.
Namun, baru-baru ini tular satu insiden lucu di Twitter apabila salah seorang pemanggil kanak-kanak lelaki telah menjadi hiburan di studio kerana line telefonnya putus sebanyak 3 kali semasa mahu mengaji.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sekali takpe lagi. Dua kali aku dah start tergelak. Masuk kali ketiga aku dah hilang sabar woi pic.twitter.com/7hxDyr7pnR
— Cringe Malaysian (@cringemalaysian) April 24, 2021
3 kali cuba mengaji, tapi tetap terputus dekat bacaan yang sama
Menerusi video tersebut, program Geng Ngaji itu terdiri daripada 3 orang panel iaitu Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Mohd Fakhrul dan Juara Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Farhatul Farizurah yang bersama-sama mendengar bacaan Al-Quran kanak-kanak lelaki tersebut.
Ketika sedang khusyuk mengalunkan bacaan Al-Quran, tidak lama selepas itu line telefon kanak-kanak berkenaan terputus secara tiba-tiba membuatkan mereka cuba untuk menghubungi kanak-kanak itu kembali.
Namun pada panggilan kali kedua, line telefon kanak-kanak itu masih terputus pada tempat bacaan yang sama. Apa yang lebih melucukan, mereka tidak putus asa mencuba lagi menelefon kanak-kanak itu dan line tetap terputus dan terhenti pada tempat bacaan yang sama menyebabkan satu studio terhibur dengan insiden berkenaan.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
Sambungan pic.twitter.com/eQdub3WZmk
— Cringe Malaysian (@cringemalaysian) April 24, 2021
“Hahaha comel, dekat kalimah yang sama pula tu, ustaz pun tak tahan” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat insiden tersebut. Malah, ada yang tidak menyangka ia boleh terhenti sebanyak 3 kali di tempat bacaan yang sama.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 959.6K views, 5,819 retweets dan 6,221 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di Twitter:
Ya allah dah kali ke beberap tengok dari tiktok ke twitter masih kelakar ya adik lufti ni bersemangat sungguh banggala
— (@frz3na) April 24, 2021
Tak masalahnya boleh pulak putus kat ayat sama cian dia
— don’t brother me (@edism13) April 24, 2021
dahla huwallazi tu bukan terus putus dia sayup hilang hahahahaha
— anip (@TuanHanif6) April 24, 2021
Weh ! HAHAA. Ustaz tu nak tahan gelak pun tak mampu dah, benda Live ! Kalau recording tak apa… masalah nyaaa ayat yg sama je terputus
— Naz (PTPTN) (@OfficialNazir_l) April 24, 2021
dia punya semangat baca tu mmg semangat la tapi bila sampai part huallazi je terputus letih ah. nakal la lutfi ni
— izzor (@izzsunburn) April 24, 2021
Merana betul nak tahan gelak tgh live. Kalau aku terkincit dh kat situ dok gelak. Hahaha
— Jos (@najiehamzln) April 24, 2021
hahaha comel , dekat kalimah yg sma pulak tu , ustaz pon tak thn
— hmaira (@hmairazzhr) April 24, 2021
Nak sangat tgok budakk ni Bersemangat betul. Lovehis energy
— فاتحه (@fatihah_mp) April 24, 2021
Habis satu studio gelak dengan kau ni dik 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik


