Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ada sesetengah orang amat menitikberatkan penampilan dan rupa paras yang sempurna untuk bercakap di depan khalayak ramai
Namun begitu, tidak semestinya mereka yang mempunyai kekurangan tidak boleh diberi peluang untuk menunjukkan bakat serta menjadi bahan ejekan orang sekeliling.
Sama seperti sebuah video ini apabila seorang wanita diperli semasa membuat live gara-gara giginya tidak tersusun dengan elok mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
tolong lah fyp ##fyp
original sound – IKAKAMARULZAMAN
Selamba sound setepek di TikTok selepas diperli
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ikakamarulzamann, kelihatan dia melemparkan kata-kata pedas buat sesetengah individu yang sering memerli giginya.
“Setiap kali live mesti ada orang sebut pasal gigi Ika. Diaorang cakap kak betulkan la gigi dulu baru makeup. Kak, cantikkan gigi dulu baru cantikkan muka”
“Lah, aku punya gigi yang berterabur kau yang panas? Laki aku elok je cium tak ada cakap apa pun, mintak lagi ada. Apa ingat buat braces tu seringgit dua ringgit? Cakap kosong tak guna dik, meh belanja meh,” katanya.
Image via @ikakamarulzamann (TikTok)
Image via @ikakamarulzamann (TikTok)
“Abaikan je sis, mulut toxic tu. Sponsor la weh, tau cakap je” – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 48K tontonan, 3.4K tanda suka dan 189 perkongsian di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut merasa geram dengan individu yang memerli wanita itu dan memujinya kerana tidak patah semangat untuk bangga menjadi diri sendiri.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ikakamarulzamann (TikTok)
Image via @ikakamarulzamann (TikTok)
Image via @ikakamarulzamann (TikTok)
Image via @ikakamarulzamann (TikTok)
Image via @ikakamarulzamann (TikTok)
Image via @ikakamarulzamann (TikTok)
Image via @ikakamarulzamann (TikTok)
Image via @ikakamarulzamann (TikTok)
Tak faham betul dengan orang yang suka merendah-rendahkan orang lain ni. Macam dia perfect sangat :/
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik