Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perkara itu pasti amat memeritkan kerana kita tidak dapat merentas negeri dan tidak dapat melakukan pelbagai aktiviti.
Namun, syukurlah dengan keadaan sekarang kita dapat merentas negeri untuk berjumpa dengan orang yang tersayang.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan setik sedih seorang kanak-kanak yang terpaksa berpisah dengan atuknya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang menangis sambil memeluk atuknya.
Difahamkan, keluarga itu telah tinggal selama sebulan di situ oleh kerana tidak dapat berjumpa semasa PKP tempoh hari.
Situasi itu membuatkan anaknya menangis teresak-esak kerana perlu berjauahan dengan si atuk. Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah si atuk dengan gigih mengejar kereta cucunya itu dan memeluknya buat kali terakhir.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa pilu mereka selepas melihat situasi itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 286.5K views, 29.2K likes dan 1,220 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:


