Cover image via
@hafizulhakim03 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tambahan lagi jika kita memang mempunyai barangan yang banyak. Iyalah, bukan apa sebab bakul motosikal agak kecil dan sangat terhad.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila beg galas seorang pemuda telah menarik perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda sedang berada di atas motosikalnya sambil dirakam oleh rakannya.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia berkongsi kecanggihan beg galasnya yang boleh mengeluarkan pelbagai bentuk emoji.
Bukan itu saja, dia juga berkongsi beg itu siap boleh mengeluarkan anak panah tak ubah seperti memberikan signal.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 178.6K views, 22.7K likes dan 529 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: