@nurelyn32 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ada yang menyamar menjadi pihak bank, insurans, dan sebagainya. Mereka ini sebenarnya mempunyai syarikat yang memang mengambil pekerja untuk menjadi scammer supaya dapat mengambil duit orang.
Jika mudah terpedaya, memang habislah duit kita. Namun, tular sebuah video baru-baru ini memaparkan seorang wanita mengenakan scammer telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurelyn32, kelihatan wanita itu dihubungi oleh geng scammer yang kononnya menyamar jadi pihak bank.
Mungkin sudah terbiasa mendapat panggilan seperti itu, wanita itu selamba bertindak membuat suara sengau sambil berborak dengan scammer tersebut sehingga dia tidak faham apa yang dikatakan olehnya.
Pada hujung video, wanita itu meneruskan lagi perbualan sehingga scammer berkenaan meletakkan telefon setelah cubaan untuk menipu tidak berjaya.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 1.2M tontonan, 178.9K tanda suka serta 2.6K perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan puas hati dengan cara wanita itu ‘mengajar’ scammer tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: