Cover image via
@zairilakmal (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memancing memang memerlukan kesabaran dan ketenangan untuk menunggu masa ikan ditangkap. Ramai tidak suka memancaing kerana tiada kesabaran yang tinggi.
Namun, baru-baru ini tular di TikTok tentang video seorang budak lelaki kelihatan seperti profesional semasa memancing itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki dan keluarganya sedang memancing di sebuah tasik.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila gaya memancingnya itu kelihatan seperti penuh berskil seolah-olah profesional.
Dia dilihat menarik joran itu dengan bersungguh-sungguh untuk menangkap ikan yang terumpan.
Lihat video sambungan di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.7M tontonan, 114K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen kagum dengan budak lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: